dap

Photobucket

2011年3月29日星期二

AKTA PEKERJAAN 1955

AKTA PEKERJAAN 1955
Akta Pekerjaan 1955 menetapkan syarat-syarat minimum pekerjaan. Ia adalah untuk semua
pekerja-pekerja di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang gaji
bulanannya tidak melebihi RM1,500 dan semua pekerja manual tidak kira gaji mereka.
Namun begitu, pekerja-perkerja yang gaji mereka di antara RM1,500 dan RM5,000 sebulan
masih boleh mendapatkan pembetulan daripada Jabatan Buruh mengenai gaji dan bayaran
berbentuk tunai lain seperti ditetapkan dalam kontrak perkhidmatan.  Di bawah Akta
Pekerjaan 1955: 
i) Setiap pekerja mestilah diberikan satu kontrak pekerjaan bertulis yang menetapkan terma
dan syarat pekerjaan, termasuk tempoh notis yang diperlukan untuk berhenti. 
ii) Gaji mestilah dibayar tidak lewat daripada hari ketujuh selepas hari terakhir mana-mana
tempoh gaji.  Slip bayaran diperlukan, membutirkan gaji ditolak sebarang potongan
mengikut undang-undang. 
iii) Pekerja-pekerja wanita tidak dibenarkan bekerja dalam mana-mana kegiatan
perindustrian atau pertanian di antara jam 10.00 malam dan 5.00 pagi, kecuali dengan
kelulusan bertulis terlebih dahulu Ketua Pengarah, Jabatan Buruh. 
iv) Pekerja-pekerja wanita layak mendapat cuti bersalin 60 hari bergaji untuk setakat lima
anak yang hidup. Mereka hendaklah dibayar gaji mengikut kadar biasa, tertakluk kepada
minimum RM6.00 sehari. 
v) Masa bekerja biasa hendaklah tidak lebih daripada lapan jam sehari atau 48 jam
seminggu.
vi) Pekerja-pekerja layak mendapat cuti bergaji bagi sekurang-kurangnya sepuluh hari cuti
umum yang digazet dalam mana-mana tahun takwim dan mana-mana hari diisytiharkan
sebagai cuti umum di bawah Seksyen 8 Akta Cuti, 1951.
vii)Lapan hari cuti tahunan bergaji untuk pekerja-pekerja kurang daripada dua tahun
perkhidmatan, 12 hari cuti tahunan bergaji untuk pekerja-pekerja yang berkhidmat dua
tahun tetapi kurang daripada lima tahun, dan 16 hari cuti bergaji untuk mereka yang
berkhidmat lima tahun atau lebih. 
viii)Empat belas hari cuti sakit bergaji untuk pekerja-pekerja kurang dua tahun perkhidmatan,
18 hari cuti sakit bergaji untuk pekerja-pekerja yang berkhidmat dua tahun tetapi kurang
daripada lima tahun dan 22 hari cuti sakit bergaji untuk mereka yang berkhidmat lebih
daripada lima tahun dalam setiap tahun takwim dan di mana diperlukan masuk hospital,
sehingga maksimum 60 hari cuti sakit bergaji setiap tahun takwim. 
ix) Bayaran kerja lebihmasa adalah sebanyak minimum satu setengah kali kadar bayaran
sejam pada hari-hari kerja biasa, dua kali kadar sejam pada hari rehat dan tiga kali kadar
sejam pada hari cuti umum.

没有评论:

发表评论